Alhamdulillah, kembali tenang daripada hiruk pikuk kenduri. Sememangnya cuti sekolah merupakan "peak time" orang kahwin. Dan, seperti biasa, insan-insan yang bercuti semasa cuti sekolah khususnya guru seperti saya menjadi pilihan utama untuk memberikan tangan. (",) Sekembali dari Shah Alam, badan sedikit lesu, penat menguruskan kenduri Kak Siti. Bidan terjun segala..huhu..Walaupun penat, hati tetap berbunga riang.
Usai solat Magrib td, rase mcm terpanggil untuk menulis sesuatu yang berlegar-legar di kepala sepanjang musim kenduri yang tak putus-putus.
Rasenya tak kejam kot statement ni klo dikatakan tak pernah ada dalam kamus hidup untuk berkahwin awal sebelum ini, atau lebih spesifik, waktu belajar. Mungkin bagi sesetengah orang yang terlalu mendokong idea kahwin awal akan tersentak. Atau mungkin menyimpulkan bahawa paradigma saya tidak betul. Segalanya mungkin.
Kenapa menulis entry ini?
Dengan lambakan jemputan kahwin sepanjang cuti sekolah membuatkan saya terfikir, bilakah pula masa saya akan tiba? (nakal disitu ;p) Seorang demi seorang kawan menamatkan zaman bujang, kawan sekolah, kawan semaktab dan juga kawan sekolej. Dan lebih mengujakan, ada pun yang telah bergelar ibu. Tahniah kepada Najaa dan Naili.
Sebelum cuti baru-baru ini, seorang sahabat saya bertanya pendapat saya sekiranya dia ingin berkahwin dengan lelaki pilihannya secepat mungkin kerana ingin menyelesaikan masalah orang ketiga. Secara jujurnya, saya terkejut dan hati terus menentang. Namun, untuk dikatakan tidak kepada orang yang mabuk cinta adalah mustahil sama sekali. Jadi, saya berikan dia "situations and sequences" supaya dia lebih rasional menghadam butir bicara saya. Alhamdulillah, dia dapat menerimanya.
Pagi tadi, saya menghantar pasangan pengantin baru sahabat baik saya, Ida & Arif berbulan madu di Pulau Perhentian. Pendek kata, persekitaran saya sepanjang musim cuti ini adalah berkisarkan perkahwinan.
Fenomena kahwin awal
Tidak keterlaluan jika saya simpulkan bahawa saya mula terdedah kepada fenomena kahwin awal semasa saya menuntut di Kolej Yayasan UEM di kejiranan Lembah Beringin. Sebuah kolej persediaan untuk ke luar negara. Di sana kami banyak belajar mempersiapkan diri untuk keluar dari kepompong seagama. Sangat berguna. Dan, adalah salah satu idea penyelesaian yang populis adalah kahwin awal.
Tradisi keluarga saya lebih menekankan perkahwinan selepas bekerja. Justeru, berkahwin semasa belajar telah melangkaui horizon pandangan saya.
Apabila bercakap mengenai kahwin pada usia muda, beberapa perkara terbit di fikiran saya. Kesediaan melangkah ke alam perkahwinan, antara tugas dan tanggungjawab, perihal kewangan, "kejemuan" dan juga berbagai-bagai persoalan yang menyesakkan dada.
1. KESEDIAAN
Belum bersedia.
Dari Kak Elly ,Itulah antara bait-bait jawapan yang diberikan ketikaku mengajukan perihal belum ready.
Bersedia atau tidak itu bukan isu. Kita yang seharusnya bersiap sedia, melengkapkan ilmu agama dan menyiapkan diri ke arah itu.
2. TUGAS VS TANGGUNGJAWAB
Berkahwin semasa belajar menuntut kesabaran yang amat tinggi dari kedua-dua pasangan. Tatkala diri dihujani tugasan-tugasan yang memeningkan,mahu tidak mahu harus jua memikirkan tentang keperluan pasangan. Inilah hakikat. Namun, berkahwin ketika belajar juga mungkin dapat membuatkan seseorang untuk lebih sukses kerana ada pendorong dan penguat semangat di kala diri tidak betah dengan himpitan tugasan. Terpulang, tepuk dada tanya iman.
Dari Kak Raidah,3. PERIHAL KEWANGAN
Alam perkahwinan selalunya unexpected.
Berkahwin semasa belajar banyak pro and cons.
Perlu ada imbangan yang baik antara tugas dan tanggungjawab.
Kawan baik saya selalu cakap, " biarlah mereka kawin, mereka mam pu, ''
Tapi, bagaimana pula bagi mereka yang kurang kemampuan?
Sehinggakan terpaksa berhutang untuk membeli lampin dan susu anak.
Inilah realiti, ironi kehidupan.
Owh, disini timbul pula pepatah "Sehidup semati, susah senang bersama"
Bak kata Wahidah a.k.a Mok Cik,Bersahaja namun penuh makna. (",)
kalau hari-hari makan ikan kering, pudar juga kasih sayang.
4. KEJEMUAN
Tiada komen. Cuma memetik dari blog Ustaz Hasrizal.
Dari Jangan Sekadar Syurga Dunia
“Saya bosan tengok isteri saya ustaz. Salahkah saya berperasaan begitu?” tanya seorang anak muda.
Tidak sedikit air mata sang isteri tumpah semasa suami mereka berterus terang berkata, “mengahwinimu adalah suatu kesilapan!”5. CLICHE
Dari Ustaz Hasrizal,Pada mulanya, saya menganggap ianya keterlaluan. Namun, b ila difikir-fikirkan ada betulnya juga. Bagi orang seperti saya yang terlalu banyak perkara yang ingin dicapai sebelum bergelar isteri, ayat ini mungkin "applicable". Tapi, untuk mengulasnya dengan lebih lanjut bukan tujuan saya kerana kenyataan ini terlalu luas definisinya dan terpulang kepada yang menilainya.
“Kahwin awal ini boleh menjadikan kita lembab!
Apa yang penting, jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh.
Berkahwin jangan kerana terikut-ikut.
Taqlid buta dalam beragama mengundang binasa, taqlid buta dalam berumahtangga juga mengundang bencana.
Ustaz Hasrizal Jamil
Apapun perihalnya, apa jua masalah dan cubaannya, kalau jodoh sudah sampai, tiada siapa mampu menolak. Namun, sebelum berkahwin pertimbangkanlah dari segala aspek yang berkemungkinan. Janganlah kita tergesa-gesa dan kelak, harga sebuah ikatan suci terpaksa dibayar dengan talaq yang menggegarkan Arasy. Mohon dijauhkan.
Ingatlah, perkahwinan menyelesaikan, namun ia bukan sekadar penyelesaian.
Kepada sepupu-sepupu dan sahabat handai yang baru melangsungkan perkahwinan, saya doakan kalian berbahagia sampai ke syurga. Ameen.
~Just a naive thought of an ordinary girl~