Showing posts with label IPSMB. Show all posts
Showing posts with label IPSMB. Show all posts

Monday, July 19, 2010

Girls' Night Out

Again..our date
btw, this is an outdated event (",)
minggu lps sungguh hectic with so many things..
alhamdulillah, sempat jugak keluar release tension dgn my besties
i almost couldnt make it



thanx girls coz snggup tunggu Nad (T_T) terharu..
Thanx jannah for supplying the food
the best thing in life is always free ;p



seriously, Nad makan mcm xigt dunia
langgar terus ikrar diet ;p
sbb minggu lps my tension level was at the peak
sungguh mencabar keimanan
Anjung Bahtera tu macam kami yang punye je..
mintak macam-macam..haha



Alhamdulillah,
dlm hiruk pikuk kerja sempat jugak buat kek coklat untuk korg
demi korg, sanggup je bersengkang mata buat
kalo ikutkan penat, mmg xdernye nk buat
demi kasih & sayang Nad kat korg,
so, bolehla mkn puas2 ye



this might be the last time kte outing sama2 as a bachelorette..
nnt Kak Yah da nk kawen..
so da xley da nak join the club
so, juz 3 of us left
.


Dear Adeq,
ur presence still lingers here
we miss u so much
get well soon ya dearie..
nnt panjang umur, ade jodoh kte jmpe lagi..
kami doakan adeq sihat & happy slalu




Monday, June 21, 2010

Fenomena Kawin Awal

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, kembali tenang daripada hiruk pikuk kenduri. Sememangnya cuti sekolah merupakan "peak time" orang kahwin. Dan, seperti biasa, insan-insan yang bercuti semasa cuti sekolah khususnya guru seperti saya menjadi pilihan utama untuk memberikan tangan. (",) Sekembali dari Shah Alam, badan sedikit lesu, penat menguruskan kenduri Kak Siti. Bidan terjun segala..huhu..Walaupun penat, hati tetap berbunga riang.

Usai solat Magrib td, rase mcm terpanggil untuk menulis sesuatu yang berlegar-legar di kepala sepanjang musim kenduri yang tak putus-putus.

~KAHWIN AWAL~


Rasenya tak kejam kot statement ni klo dikatakan tak pernah ada dalam kamus hidup untuk berkahwin awal sebelum ini, atau lebih spesifik, waktu belajar. Mungkin bagi sesetengah orang yang terlalu mendokong idea kahwin awal akan tersentak. Atau mungkin menyimpulkan bahawa paradigma saya tidak betul. Segalanya mungkin.

Kenapa menulis entry ini?
Dengan lambakan jemputan kahwin sepanjang cuti sekolah membuatkan saya terfikir, bilakah pula masa saya akan tiba? (nakal disitu ;p) Seorang demi seorang kawan menamatkan zaman bujang, kawan sekolah, kawan semaktab dan juga kawan sekolej. Dan lebih mengujakan, ada pun yang telah bergelar ibu. Tahniah kepada Najaa dan Naili.

Sebelum cuti baru-baru ini, seorang sahabat saya bertanya pendapat saya sekiranya dia ingin berkahwin dengan lelaki pilihannya secepat mungkin kerana ingin menyelesaikan masalah orang ketiga. Secara jujurnya, saya terkejut dan hati terus menentang. Namun, untuk dikatakan tidak kepada orang yang mabuk cinta adalah mustahil sama sekali. Jadi, saya berikan dia "situations and sequences" supaya dia lebih rasional menghadam butir bicara saya. Alhamdulillah, dia dapat menerimanya.

Pagi tadi, saya menghantar pasangan pengantin baru sahabat baik saya, Ida & Arif berbulan madu di Pulau Perhentian. Pendek kata, persekitaran saya sepanjang musim cuti ini adalah berkisarkan perkahwinan.

Fenomena kahwin awal
Tidak keterlaluan jika saya simpulkan bahawa saya mula terdedah kepada fenomena kahwin awal semasa saya menuntut di Kolej Yayasan UEM di kejiranan Lembah Beringin. Sebuah kolej persediaan untuk ke luar negara. Di sana kami banyak belajar mempersiapkan diri untuk keluar dari kepompong seagama. Sangat berguna. Dan, adalah salah satu idea penyelesaian yang populis adalah kahwin awal.

Tradisi keluarga saya lebih menekankan perkahwinan selepas bekerja. Justeru, berkahwin semasa belajar telah melangkaui horizon pandangan saya.

Apabila bercakap mengenai kahwin pada usia muda, beberapa perkara terbit di fikiran saya. Kesediaan melangkah ke alam perkahwinan, antara tugas dan tanggungjawab, perihal kewangan, "kejemuan" dan juga berbagai-bagai persoalan yang menyesakkan dada.

1. KESEDIAAN
Belum bersedia.
Dari Kak Elly ,
Bersedia atau tidak itu bukan isu. Kita yang seharusnya bersiap sedia, melengkapkan ilmu agama dan menyiapkan diri ke arah itu.
Itulah antara bait-bait jawapan yang diberikan ketikaku mengajukan perihal belum ready.

2. TUGAS VS TANGGUNGJAWAB
Berkahwin semasa belajar menuntut kesabaran yang amat tinggi dari kedua-dua pasangan. Tatkala diri dihujani tugasan-tugasan yang memeningkan,mahu tidak mahu harus jua memikirkan tentang keperluan pasangan. Inilah hakikat. Namun, berkahwin ketika belajar juga mungkin dapat membuatkan seseorang untuk lebih sukses kerana ada pendorong dan penguat semangat di kala diri tidak betah dengan himpitan tugasan. Terpulang, tepuk dada tanya iman.
Dari Kak Raidah,
Alam perkahwinan selalunya unexpected.
Berkahwin semasa belajar banyak pro and cons.
Perlu ada imbangan yang baik antara tugas dan tanggungjawab.
3. PERIHAL KEWANGAN
Kawan baik saya selalu cakap, " biarlah mereka kawin, mereka mam pu, ''

Tapi, bagaimana pula bagi mereka yang kurang kemampuan?
Sehinggakan terpaksa berhutang untuk membeli lampin dan susu anak.
Inilah realiti, ironi kehidupan.
Owh, disini timbul pula pepatah "Sehidup semati, susah senang bersama"
Bak kata Wahidah a.k.a Mok Cik,
kalau hari-hari makan ikan kering, pudar juga kasih sayang.
Bersahaja namun penuh makna. (",)

4. KEJEMUAN
Tiada komen. Cuma memetik dari blog Ustaz Hasrizal.
Dari Jangan Sekadar Syurga Dunia
“Saya bosan tengok isteri saya ustaz. Salahkah saya berperasaan begitu?” tanya seorang anak muda.
Tidak sedikit air mata sang isteri tumpah semasa suami mereka berterus terang berkata, “mengahwinimu adalah suatu kesilapan!”
5. CLICHE
Dari Ustaz Hasrizal,
Kahwin awal ini boleh menjadikan kita lembab!
Pada mulanya, saya menganggap ianya keterlaluan. Namun, b ila difikir-fikirkan ada betulnya juga. Bagi orang seperti saya yang terlalu banyak perkara yang ingin dicapai sebelum bergelar isteri, ayat ini mungkin "applicable". Tapi, untuk mengulasnya dengan lebih lanjut bukan tujuan saya kerana kenyataan ini terlalu luas definisinya dan terpulang kepada yang menilainya.

Apa yang penting, jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh.

Berkahwin jangan kerana terikut-ikut.

Taqlid buta dalam beragama mengundang binasa, taqlid buta dalam berumahtangga juga mengundang bencana.

Ustaz Hasrizal Jamil

Apapun perihalnya, apa jua masalah dan cubaannya, kalau jodoh sudah sampai, tiada siapa mampu menolak. Namun, sebelum berkahwin pertimbangkanlah dari segala aspek yang berkemungkinan. Janganlah kita tergesa-gesa dan kelak, harga sebuah ikatan suci terpaksa dibayar dengan talaq yang menggegarkan Arasy. Mohon dijauhkan.

Ingatlah, perkahwinan menyelesaikan, namun ia bukan sekadar penyelesaian.


Kepada sepupu-sepupu dan sahabat handai yang baru melangsungkan perkahwinan, saya doakan kalian berbahagia sampai ke syurga. Ameen.


~Just a naive thought of an ordinary girl~

Wednesday, May 19, 2010

exam mode (T_T)





dearfriend, all da best!
dearself, bertahan!
dearie, chaiyok!

Friday, May 14, 2010

MY OUTDOOR SCIENCE


Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Syukur.

Weekend lepas terisi dengan memori-memori indah yang tak mungkin dapat dilupakan.
Kami sekelas telah ke Pulau Perhentian utk My Outdoor Science program.Best! n sgt best..cte byk2 xgune, a picture worth a thousand words.
Tapi kat sini Nad nak letak byk2 pics, so..u'll know then (",)

First time menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian(w'pun org Besut ;p)

Yes! we had so much fun there.
(but the best thing is, kat blakang tu ade 1 souvenir shop, kat situ ade used book renting service. klo nk beli pun boleh. Hari first pegi jumpe buku best n sorok kt celah2 sbb xbwk duit time tu. so lps tracking igt nk pg beli la. Otw, nk pegi tpndgla mat saleh by the beach ni tgh bce buku yg same n obviously mmg buku yg disorok tu..huhu..padan muka.aiseh, cane ley jmpe)

~kenangan terindah~

iklan gigi


basic scuba diving

snorkle @ Shark point & Turtle point
(Mmg rezeki betul la boleh tgk jerung, time tu da almost give up da kot coz arus kuat sgt n xlarat da nk swimming. Suddenly, seekor jerung melintas. Subhannallah, tergamam.)

~Pantai Air Berani~
(kat tepi pantai ade air tawar, Subhannallah)

Presentation Water Quadrant

~saya sangat suka gambar ini~
(not the subject ok ;p saya ambil gne handycam aje)

Apepun, kami amat berterima kasih kepada ayahanda kami, En. Fauzi sbb da merealisasikan impian kami ke pulau. Walaupun dah xjadi tutor kami, but u're still part of our family.
Thank you very much.

Wednesday, February 10, 2010

Black Forest cake for Oshi =')


HAPPY BIRTHDAY OSHI =)

I was given the honour to bake a cake for her birthday.
here is it.

1 kg Black Forest Cake.
only cost RM45.00 =')


front view



Have a blast one, Oshi!

Thursday, January 14, 2010

Happy 2nd Friendship Anniversary



Selamat Ulang Tahun sahabatku sayang..
14 Jan 2008~14 Jan 2010

My dearest friends,

Thank you for being together for all these years..
We've been through a lot of things all these while,
The goods and the bads,
The happiness and sadness,
The up and down,
The hot and cold,
and everything in between.

Alhamdulillah, praise upon Allah,
Despite of all bad things happened,
we managed to face the obstacles.
They just make the bond become stronger.

Specially to Adeq,
Never give up, never regret..
InsyaAllah, everything will be fine soon.
We will be with you every day and night.
Just bear in mind, ini adalah dugaan buat kita.
kite sama-sama hadapi k!
jangan sedih-sedih, Nad ade, Q'yah, Nah n Ain pun ade.
Kami doakan adeq cepat sembuh.
Be strong k! dun wuri
Keep on smiling ('',)



5 of us, NAD~ADEQ~Q'YAH~JANNAH~AIN
(dont know which one is which;p
and obviously im d only one wearing glasses,
so the girl in pink must be me..hehe
the rest decide sndrila who's the girl in yellow, the twin-bears and the itik;p)


-ENDNOTE-

Perkenalan kita unik. Hari pertama pendaftaran terus berjumpa dan berkawan. Dipertemukan oleh seorang pensyarah,
MashaAllah, cantiknya perancangan Allah, kn?
Hari ini kita sepatutnya sambut ulang tahun yang kedua, tapi adeq sakit lagi.
Kesian adeq, her condition is getting worse and worse. Sabar ye deq, macam Q'Yah slalu cakap, Allah tak akan uji hambaNya unless hambaNya itu mampu nak hadapinya. Be strong girl! Kite same2 hadapinye k ('',)
Love u so much dearie..


Saturday, November 7, 2009

EXAM mode (mengimbau kenangan, berkongsi pengalaman)

Salam'alaik...

hye peeps!
this might be my last entry before the exam, perhaps...

hari nie 1 hr struggling on planning Qs..
tp at least rilex sket after 4 hr bergelumang dgn bengkel tekno..
smlm blik tu lapar sgt, dahla ujan..lagila menguji perut..
balik umah je, perghh...hidangan sudah terhidang..
ketam paprik-kari(saya pon xtau msk ape sbnrnye ;p) dengan sayur lemak pucuk ubi..
ubi rebus pon ade..perghh..mmg xtahanla..
usai solat je trus je mlantak..huhu..
mmg bahagia la hidup..

mungkin inilah hikmah Allah bagi duk dkat ngan umah kn..
tbe2 terngiang2 lg kata-kata En. Roslan (ketua Unit Bhgn Dasar BPG)
mase tula, skrg ni saya pon xtau dia pegang post ape, da lme xcntact..
ketika itu saya menelefon beliau meminta untuk ditempatkan di Mizan,

===============================================================
En. Roslan : Nadia, awak nak buat ape kat Mizan tu?ape ade kat Bukit Keluang tu? awak mintakla dekat Kl ni ke, boleh jugak awak kawan ngan anak saya..wife saya suke masak, nnt awak boleh blajar masak ngan dia...

saya jawab dengan yakinnya, tanpa ada walau sekelumit pun info tentang Mizan

Saya : kalo saya xboleh pergi jauh dari family, saya nak berada di tempat yang paling dekat dengan family saya..buat masa skrg family org yang paling penting buat saya, xde 1 bnde pon boleh buat saya gembira dan kuat selain berada dekat dgn family..mgkin ada sesuatu di Mizan yg saya xpernah tahu sblm ni, so i'll give it a try.."

En. Roslan : ermm..okla klo awak pk mcm tu..but this is not a trial ok, this is about life n future, xde try2..once u make a decision, there u go..saya doakan yang terbaik untuk awak, xpe2, nnt saya adjust kn untuk awak..kirim salam kat parents okay..

saya : terima kasih En. Roslan..*end of conversation*
(jasamu kukenang-ini monolog aje)
================================================================

Bila mengingatkan pertemuan pertama dgn En. Roslan kat office dia dulu,
saya macam xsangka boleh berkenalan dengan seseorang macam dia..
he is somebody kot dkt BPG tu...
masa tu, saya pergi ke KPM untuk berbincang tentang status saya,
saya keseorangan ketika itu (saya pun xtaula mane dpt kekuatan time tu nk pg jmpe officers sorg2 diri..parents saya mahu ikut, tp saya tetap berkeras mahu pegi sorg)
rancangnya mahu jumpa dengan Pn. Latifah/Cik Sha/Pn. mariam
tp, time tu dorg ade meeting (meeting psl ktorgla..;p)
so dialah yang menegur saya ketika saya tercengang2 di ruangan menunggu,
sembang2 la dgn dia, cte ape probs sume skali...
byk jugakla yang kami sembangkan dlm masa 2jam..
so, xdela bosan sgt menunggu Pn. Lat..

Sudahnye, Pn. Lat kuar dr meeting room..
dia ckp dia xley nk back-up ktorg,
even tuk borderline cases pon tak membantu..

Bhgn kewangan xnak lepaskan korg..im so sorry for that..
perasaan time tu?--> xperlu cerita la kn...
En. Roslanlah yang berperanan memujuk saya..
persis seorang bapa menasihati anaknya,
xpe katanya, perjalanan hidup awak masih jauh nadia,
this is juz a beginning..dun worry too much..
awak still boleh gunakan ur A-Level result tu untk apply local uni,
klo awak nk, saya ada kenal beberapa org pendaftar Uni,
if u change ur mind, juz give me a call..

mengenangkan hari masih awal lagi, (pukul 12 kot)
saya melangkah keluar dari bangunan tu
dengan seribu perasaan bercampur baur..
tidak tahu ke mana harus dituju,
saya mengikut shj kaki melangkah..
sambil menunggu bas, saya berfikir2 tentang masa depan,
gelapkah masa depan saya? ke mana saya slps ini?
semuanya berlalu tanpa ada jawapan pasti..

bas sampai, saya terus naik dan memasukkan syiling 50sen,
(kat putrajaya, mane2 nk pg pon 50sen je kn)
tanpa meneliti destinasi bas tersebut, saya terus duduk,
duduk dan memikirkan tetang sesuatu yang tidak pasti,
fikir, fikir dan berfikir..beratnya ujian ini Ya Allah..
saya terkenangkan kawan-kawan,
mereka mungkin telah berjaya menempatkan diri di universiti terkemuka di seluruh dunia,
saya teringatkan Amir Farid yang saya temui
di Majlis Makan Malam di Yayasan Kepimpinan Perdana dua hari sebelumnya,
YKP telah meraikan para pemenang pertandingan menulis esei,
dia sempat menyapa dan memberitahu telah meng'secure'kan dirinya di Oxford,
tapi saya........?

agaknya lama saya tenggelam dalam dunia saya sendiri,
saya pun tidak pasti,
tiba2 lamunan saya terhenti,
saya telah melintasi Palace of Justice..
barulah saya sedar bhw saya tersilap route..
saya mahu pulang ke Precint 14..
tp destinasi itu tiada dlm perkhidmatan bas ini..huhu
ermm..xpela, round jela dulu...
pusing2 melihat keindahan Putrajaya,
apelah sgt dengan syiling 50sen,(klo naik kete pon xdpt round mcm tu kn..)
jika dibandingkan dengan harga sebuah ketenangan time tu...

penumpang silih berganti di setiap destinasi,
tetapi saya tetap tenang disitu,
jiwa saya kosong..fikiran saya menerawang..
akhirnya saya ambil keputusan untuk turun di Alamanda,
singgah sekejap di Secret Recipe, minum sambil tengok orang lalu lalang,
(which i used to do this evrytime i went out with Siti Shazlina)
even my favourite choc mud pun tidak dapat menceriakan hati saya..

jam sudah menjengah pukul 3,
tp belum berniat utk pulang ke rumah yang tiada sesiapa..
saya bimbang kiranye kesunyian akan menggugat hati saya,
saya tak nak menangis, saya tak nak sedih2,
saya ke surau untuk bertemu Dia,
saya mengadu kepadaNya, tanpa walau sebutir pun air mata menitis
kuatkan saya??
saya pun xtau dr mana kekuatan itu datang..


saya belum menelefon ke rumah utk mengkhbarkan waritah mendung ini,
mungkin mama dan aboh sedang menunggu,
tapi saya masih tiada kekuatan untuk berbuat demikian..
saya tidak sanggup menghampakan mereka..
saya khuatir air mata saya tumpah bila mdengarkan suara mereka,

oh mama, maafkan saya...
saya gagal dalam percaturan ini..
saya telah menghampakan kalian berdua..
buat pertama kalinya dalam hidup saya menempuh kegagalan..
buat pertama kalinya saya rasa diri saya tidak berguna,
buat pertama kalinya saya gagal..
sampaikan saya tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila gagal,
kerana hidup saya sentiasa diiringi kejayaan..alhamdulillah..
(bukan berniat riak, tetapi itu adalah hakikat)
apatah lagi sayalah satu2nya dan merupakan orang pertama
di dalam keluarga yang berhadapan dengan kegagalan..
sedari kecil mama & aboh sentiasa memastikan yang terbaik untuk kami adik beradik,
mereka memberika segala-galanya untuk memastikan kami berjaya..
terima kasih mama, terima kasih aboh...

bagaimana perasaan saya?

bagaimana penerimaan mereka?
kuatkah saya berhadapan dengan orang2 tersayang?
jadi, saya biarkan saja telefon dimatikan..
biarlah...saya mahu bersendiri seketika...

******************************************

after sometimes saya dapat panggilan drpd Pn. latifah,
mase tu dia siap bergurau lg, "Nadia, u dpt IPSM"
saya pun yang naif ini bertanya, IPSM tu ape n kat mane?huhu
dia pon ckp IP Sarawak, Miri...terdiam saya seketika..
adoishh..biar bonar en. Roslan ni..main2 ke ape..
agaknya Pn. latifah mengenangkan kecuakkan saya,
dia pon ckp " sultan mizan la nadia, apela awak ni..
aritu awak minx pastu xtau plak kat mane..haishh nk kena budak sorg ni "
huhu..padan muke saya, kan da kena..;p

**********************************************
and now, here i am...
saya berpijak di bumi yang nyata,
di IPSM yang saya pernah request 2 tahun yang lalu,
menempuhi liku-liku hidup yang agak mencabar..
melalui hari-hari yang penuh suka duka..
mengutip pengalaman hidup yang berguna...
Alhamdulillah, saya gembira di sini..
walaupun adakalanya saya tetap merindui
kawan-kawan KYUEM yang bertebaran di serata pelusuk dunia...
kadangkala, saya iri hati dengan mereka..
tp mereka pun iri hati dengan saya juge :p
(sebab saya selalu balik rumah..hehe, dpt mkn sedap2)

exam oh exam..
teman-teman,
saya mahu menduduki peperiksaan,
maafkan saya jika ada kekhilafan diri,
halalkan makan minum saya, okay?

9th NOV - techno
11th NOV - ecology
12th NOV - planning
18th NOV - ELT
19th NOV - PJ pedagogy

preparation is in progress..
doakan saya~~~

-endnotes-
awak yang nun jauh di sana,
terima kasih sebab beri sokongan kepada saya,
terima kasih sebab selalu tenangkan saya,
terima kasih sebab awak selalu temankan saya setiap masa,
terima kasih sebab selalu dekat dengan saya,
walaupun awak jauh beribu-ribu batu..
saya pun doakan awak jugak..
terima kasih awak...

nadia farhana norudin

Monday, May 18, 2009

EXAM WEEK~~(^_^)




oohhh..it comes again,
enough to haunt me,
my sleepless nites,
always a misery.

NADIA FARHANA NORUDIN,

Semoga dapat jawab exam dengan tenang,
Semoga mendapat keberkatan ilmu,
Semoga cemerlang dunia akhirat,
ameen.


peeps!...
do pray 4 me, k..
thanx a bunch.

Tuesday, February 24, 2009

TESL Nite 2009

Last Friday was our 1st participation in TESL Nite.
it was a simple event yet a memorable one...
nothing much to write here,
feel free to take a quick glance at these pictures =p


.:beloved roomate:.


.:my benchmate:.


.:Galz Power:.


.:where's my geeky glasses?:.



Saturday, February 14, 2009

WHEN nadia farhana BLEW HER STACK

i've heard a Chinese proverb saying like this,
" never write a letter while u r angry"
but now, i wanna blow everything out and let it be what it want to be.
holding on to anger is like grasping a hot coal with the intent of throwing it to that particular person;but in some cases you just cant do anything
~Gosh, dats really really painfull!

Today, enough is enough.
Im sick of backing her off, im sick of hipocrasy...
for the whole sem we hold this matter, until now..
i just cant take it anymore..

Maybe some might say, we have to respect her as our lecturer.
YES I DO AGREE.
but for certain circumstances, we have to think about ourselves.
think about our right to have everything in the right track.
we need guidance, we need advices,
and the most important thing, the content knowledge!

im the type of people who like to have MORE and MORE..
more in just everything i may get
when i do something, i want it to be PERFECT
but when "this" people strike my way,
my level of patience is dramatically dropping down to ZERO!
just like when Mount Katmai blew its stack to create a catastrophe in Alaska!
( argghh..exagerating again)

urggghh...emo..
have to go..wanna go out after solat asar..alone.
where?don't event know yet, s far s my car can reach..
after all, i do feel a little bit of regret for what had happened..
unintentionally, it just happened today..
the best friend of mine once said,
"the best remedy for a short temper is a long walk"

ooppss..suddenly,
this line cross my head,
"write letter to your enemies, but send them never"
mmm..but she's not my enemy kn?
'~~giggles~~'

Wednesday, January 14, 2009

happy 1st FRIENDSHIP anniversary!!!

Hari ini genap setahun kita bertemu.~14 Januari 2008~~



The Power of Friends

Everyone knows of the power of friends,
The terrific result, when everything blends.
When people have friends, they don’t stand alone;
Friends always help, when you face the unknown.
Friends give you courage to face problems untold,
So the love of a friend can help make you bold.
They can help you to live a much richer life,
So your every day living will be less filled with strife.

Thanks for being my friend!
luv u guys so dearly~

Sunday, November 16, 2008

TRIBUTE TO MY FRIEND!

here we go~~~
these are the pieces of arts of the friend of mine~~lalahoney~~
so cute kn..emm..thanx farah!(for me as the subject in one of those pics!)
really adore ur works...tomey sgt..huhu

nad in the pic~lalala








~~sometimes, pics speak louder than words do~~


ni la farah(n0 external cost eyh,hehe)


nice n a job well done buddy!


to whom it(diz pic) may concern, no harm eyh?

FYI, we were at Pantai Irama
hang out together juz before the papers..
have lodza fun..
u guys ROCKS!!!
love u all mates!

Monday, November 10, 2008

JIWA KACAU

oo god...feel like s***t..
sungguh jiwaku kacau after chem paper juz now...arrggghhh..

i went back eventho it was already late..
i dropped by the Messo stall n i bought special cheesy double chicken black paper sauce burger n nasi lemak ikan..fuhh..sodap giler.. eat n eat n eat n EAT!!
(dats wut we call STRESS REDUCTION REACTION)
i juz cant help myself to think about other things...

owh, U bloody chem paper..
always keep me in temper..
when myself need to be pampered..
no one seems like to bother..

huhu..ok x pantun tu?hehe
emm..btw, tomorrow still got another major paper, pedagogy of science
hopefully not s tough s chem paper n hope 4 miracles to happen..hehe..

buddies!do pray 4 me kay..
thanx ya!

loves,
nad

Saturday, November 8, 2008

1 DOWN, 2 MORE to go...

wah wahh...hehe..
MAB telah dijawab dengan jayanya(hopefully ke3)..

Next, 2 major papers...sangat takoot.. feel like a butterfly tickles in my stomach..

Go Nad!!
---->neva crack under pressure
---->win over the battle!!

Chaiyyok!

Monday, November 3, 2008

EXAM FEVER~~lOl

heee...papers r juz around the corner..
peeps! pray 4 me kay...

DOA UNTUK DIRI SENDIRI

Nadia Farhana,

semoga dapat menjawab exam dengan tenang dan senang.
semoga mendapat kejayaan with flying colours..

semoga dapat menggembirakan hati kedua org tuaku.

semoga kejayaan ini mendapat keberkatan Allah swt.
ameen....

Sunday, October 12, 2008

i'm BLOODY TIRED

N.A.D.I.A

juz come back from the class, set up for the LB exhibition, being observed,run here and there googling En. Fauzi for his signature, book the hall for this wednesday eid party,fuhh.. penat betol...huhu

Wut a hectic week dowh!

Yesterday was the open house. Plain and simple party but we(momma n me) did it! From the delicious nasi dagang to the yummy homemade soto, carrot cake n some still-left cookies and kerepek, semua licin!!Thanx peeps for coming especially for my best buddies.

After kemas-kemas, time to move to the what s0-called prison. Sampai je trus landing, sangat penat n migrain menyerang lagi....As usual, tido-mati-sampai-pagi.huhu..keje satu hape pon xbuat..

Nadia Farhana!!
chayyok2!!wake up call nie..
exam da dekat weyh..kurangkan tido,banyakkan makan..hehe :p

Wednesday, September 10, 2008

CRAMPY PERIOD!!

THE SYMPTOMS

1. assigment sangat banyak..
2. deadline-fobic
3.sleepless nightSSSSSS
4.unstable hormone(asyik nak marah je, cool nad cool)
5.of course, sangatla penat
6.increasing rate of dreaming (bestnye kalo ade lampu aladdin, leh tlg siapkan assgment nih..hehe..sebab xtau nk buat ape i.e; blurrrr)

...' ya Allah, kuatkanlah semangat hambamu ini'.. ameen'..

Tuesday, August 19, 2008

EXHAUSATION OF REMEDIES

Nothing much happened since then..yesterday, i got a morning call, mami admitted.. so kena stay kat hospital sampai petang..., n then my bro n sis took their turns. I went home and dalam kelam kabut, i catched a Korean movie, My Little Bride. (hehe, kasi adrenaline level turun jap)

Alhamdulillah, Kak Eja's prob is in good progress. Hopefully, it will be settled out as soon as possible. Ameen. Sabar ye Kak Eja, Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar.

So now, i juz started my assgment..(ni pn assgment jgk pe =)..kiki) take 5 jap...i'm a strong list-to-do believer..kat bawah tu everything that i have to complete it today. At least for the 1st stage..

1. chemistry
2. pedagogy of science
3. teaching aid for "suku kata"(ni keje bertangguh)

NAD'S THINGY
1.dark reaction(download animation)-En. Fauzi, dunwuri!saya xlupe..
2.update blog
3.upload photos @ picturetrail
4.beli present utk B-G
5.beli present utk S
6.beli colourful papers

haiiyyaa..byk jgk eyhh..ok NAD! chaiyyokk!